Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, March 24, 2016

Niat ibu

Alhamdulillahirabbil a'lamin wassalatu wassala asyrafil ambia iwal mursalin..waala a'lihi wasahbihi ajmaein..

Assalamualaikum semua..
Saya sentiasa teruja apabila melihat ibu2 bersalin dan antara soalan2 utama yang biasa saya utarakan setelah bertanya khabar ibu dan bayi adalah..."Are you breastfeeding?". Berbunga hati saya sekiranya jawapannya adalah.."ye kak, Alhamdulillah masih bertahan..". Akan tetapi, agak sedikit terkilan sekiranya jawapan yang kedengaran adalah.."tak kak, susu takde..". Subhanallah...saya hanya mampu tersenyum walaupun dalam hati melonjak2 mengatakan.. "Laaa...Allah beri kita dua asset berharga khas untuk semua wanita (Insya Allah selagi asset ini masih ada) supaya, dapat kita "connect with your child". Itulah titik permulaan supaya anak kita kenal siapa ibu, siapa lembu? maaf..terkasar sedikit bahasanya..akan tetapi itulah hakikatnya. Masih ada yang menidakkan kuasa para ibu sebagai tempat untuk bayi, anak2 kecil bergantung hidup. Kalau anak kucing, tanpa susu ibunya diberikan seawal hidupnya, peratus untuknya terus hidup agak tipis. Tapi anak manusia..kerana adanya PILIHAN maka, mereka lebih senang memilih susu lembu atau susu kambing atau soya sebagai pilihan mereka...Sering juga saya tertanya2..mengapa begitu mudah ada yang merasakan, TAK PERLU menyusukan anak sedangkan itu adalah sunnah Rasulullah. Mudahnya untuk kita para ibu mendapat pahala. Bekerja sepenuh masa? Saya juga bekerja sepenuh masa. Sibuk melayan anak2 lain? Hmmm..Saya menguruskan ketiga2 anak saya tanpa pembantu rumah..Kebanyakan kerja2 rumah, saya lakukan sendiri memandangkan keupayaan suami untuk menguruskan anak agak terbatas lantaran kesihatannya. Atas pengalaman berharga inilah, anak2 lebih patuh dan menyayangi saya berbanding orang sekeliling.Ramai orang memberikan pelbagai alasan kenapa tidak berjaya menyusukan anak secara eksklusif walaupun garispanduan yang diberikan oleh pakar2 perubatan dan penyelidik2, hanya 6 bulan diperlukan untuk bayi2 mendapatkan imunisasi "manusia" supaya lebih kebal dan bersedia menghadapi dunia tetapi 6 bulan itupun dirasakan perit oleh ibu2 ini. Takde pam yang sesuai, letih, tertekan, nak kurus, susah nak "adjust" baju kalau bagi susu di khalayak ramai..Eeerrr...itulah dia..alasan..kalau saya nak bentangkan di sini hujah2 saya..petik jari je saya dapat menjawab semua tuduhan2 ini. Tetapi..apa yang lebih penting dari segala2nya adalah NIAT. Di awal usia mengandung, niat mesti betul kenapa nak menysukan anak? Nak kurus? Nak anak tembam? Nak anak rapat dengan ibu? Ikut trend..ini adalah niat sebenar kaum2 ibu sekarang ini yang kami perhatikan merupakan penyumbang kepada kegagalan para ibu meneruskan penyusuan ibu secara eksklusif. Seronok dan berlumba2 nak beli pam yang paling mahal dan canggih yang akhirnya hanya berguna selama 2 bulan sewaktu berpantang. Kemudian, simpan dalam almari atau lagi parah, jual!Saya meletakkan NIAT sebagai pemacu kepada kejayaan kerana dari sinilah datangnya usaha yang sebenar, sekiranya kita tersangkut di tengah jalan, kita berpaling kepada Allah supaya memberikan kita rezeki yang baik untuk anak kita, kita berdoa dan sekaligus memelihara keadaan diri kita supaya tubuh badan kita besedia dan sentiasa dilimpahi susu yang kita doakan untuk kesihatan dan kebaikan tubuh badan anak kita. Kita percaya 100% susu badan kita adalah penawar kepada sakit kuningnya, sakit matanya, dapat mengurangkan lelahnya, susu badan dapat membesarkan dan menyihatkan anak kurang matang kerana bukan hanya susu itu yang memainkan peranan..tetapi sentuhan ibu dan perasaan kasih sayang, belaian ibu, rapatnya anak di hati, jantung ibu di awal kelahiran anak itulah yang menjadi penyuntik semangat kepada kelangsungan hidup anak kecil tadi.NIAT telah membantu saya menyusukan anak2 saya selagimana mereka mahu menyusu dengan saya. Alhamdulillah..Allah berikan rezeki yang MELIMPAH2 untuk anak2 saya dan sekaligus membantu dalam banyak aspek kehidupan kami suami isteri. NIAT akan membantu kita menempuh segala kepayahan, NIAT akan menjadi kekuatan dan inspirasi di saat kita tertekan dengan kerja dan berhadapan dgn pelbagai karenah suami dan anak2. Kita sedia maklum..Kerana NIAT itu menghubungkan kita dengan Pencipta kita. Yang mencipta kejadian seluruh alam, yang memberikan dan memurahkan rezeki dan pemberi nikmat kepada manusia. Sekiranya bukan dari Dia yang kita minta, siapa lagi?Maka dengan itu, saya seru sejauh mana seruan saya ini dapat menjangkau..PERBETULKAN NIAT anda..Segala kesusahan dan kepayahan akan nampak lebih enteng dari selama ini yang anda hadapi..Sekian..



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana digerakkan saya untuk berkongsi sebutir dua pandangan dan pengalaman saya bersama pengunjung laman ini agar sama2 dapat mengambil iktibar dari pemerhatian saya dan suami mengenai topik yang saya bangkitkan ini..







Wabillahitaufiqwalhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh




Nukilan,




No comments:

Post a Comment