Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, March 25, 2016

Peranan bapa dan penyusuan badan

Assalamualaikum dan selamat datang,

2014 ke 2016...2 tahun tak berblogging. Kerja, kerja, kerja. Tiba-tiba ramai pulak yang minta tulis tips-tips penyusuan. So, akak pun rasa terpanggil untuk menulis semula.

Selaras dengan tajuk di atas...amboi..selaras...kat sini akak nak bising sikit kat kaum bapa yang ada isteri2 yang menyusukan anak. Korang tak tahu betapa penatnya seorang ibu nak memastikan susu tu ada je dalam stok. Ya Allah, kalau boleh bagi peranan ni sehari..sehari pun cukuplah untuk kaum Adam ni untuk merasa sikit kepenatan ibu2 menyusu ni.

Meh sini, nak lecture sikit. Korang tau tak..bangun seawal 5.00 pagi nak mengepam untuk sesi pertama pada hari itu..ini berdasarkan pengalaman akak lah ye. Bangun nak sediakan bekalan anak ke pusat penjagaan, nak kemas beg kerja, bagi ibu2 yang memang rutin dia masak sarapan, haaa...tambah kerja buat sarapan, lepas tu cek pulak beg menyusu lengkap atau tak lepas tu pukul 7.00 pagi satu round bagi anak menyusu sekejap sebelum drop off kat nursery tu.


Semasa bekerja, pukul 11.00 am, turun surau untuk mengepam sekali lagi..paling kurang 20-30 minit. Lepas tu sambung kerja. Lunch pukul 1.00 pm lepas tu solat semua bagai, sambung kerja. Pukul 3.00 pm turun lagi surau untuk mengepam lagi. Masuk ofis, lepas solat Asar pulak lagi satu round mengepam. Balik rumah, pick up anak, then, bagi pulak anak susu dalam kereta atau sejurus sampai rumah. Sambung buat kerja2 rumah pulak seperti memasak, mengemas beg2 dan barang2 untuk esok paginya. Tidur pun tengoklah kalau si kenit tu dah tidur, paling awal pun pukul 11.00 pm. Kita masuk tidur pukul 12.00 am, tidur 5 jam, bangun balik buat benda yang sama hari2 termasuk Sabtu & Ahad sebab tak nak bekalan susu terputus. Itulah rutin ibu2 yang menyusu. Amacam? letih tak baca? Tu baru baca...kitorang yang buat benda tu, apa korang rasa?

Kesimpulannya di sini...

yang PERTAMA sekali untuk bapa-bapa ni, tolonglah ikut isteri pergi kaunseling dan belajar selok belok penyusuan badan ni. Dengar apa kaunselor tu bagitau. Apa yang isteri perlukan sepanjang beliau menyusukan anak tuan-tuan sekalian. Adalah menjadi tanggungjawab bapa2 untuk menyediakan segala keperluan ibu menyusu.

KEDUA, tolong dalam membuat kerja2 rumah. Terutama sekali untuk suami2 yang isteri2 anda bekerja. Kami pun manusia, kami pun ada rasa penat bekerja dan menjadi ibu dan isteri serentak. Semasa isteri sedang menyusukan anak, ternampak baju berlonggok kat bakul, angkatla masuk dalam mesin basuh. Bukan suruh korang tonyoh baju2 tu pun..suruh masuk dan picit2 je mesin tu. Mesin tu yang basuhkan baju. Percayalan itupun isteri dah rasa bersyukur. Apatah lagi kalau suami tu boleh memasak, menghidang, membasuh pinggan sementara isteri menyusukan anak dan menonton televisyen. Ya Rabbi, kalau betul ada suami gini, bertuah isteri tersebut.

KETIGA, yang paling kritikal sekali..TOLONG TOLONG TOLONG jangan buat isteri anda stress. Penurunan mendadak susu dalam stok adalah disebabkan stress dan kepenatan yang melampau. Tolong jadi lebih peka dan pantas bertindak. Isteri anda dah tolong mengurangkan perbelanjaan susu formula (korang ingat murah ek susu tepung tu?) jadi, tolonglah gembirakan isteri-isteri anda. Percayalah, akan membuak-buak susu isteri anda untuk anak anda.

KEEMPAT, banyak sangat perkataan TOLONG...tapi that's the truth..suami memang kena banyak menolong isteri dalam banyak perkara sepanjang tempoh penyusuan. TOLONG support isteri kalau ada je orang yang nak memperlekehkan penyusuan badan ini. Bila ada orang yang rasa bagi susu badan ni baby tu lapar, tolong bagitau dan support kalau isteri bagitau kat orang tu..perut baby yang baru lahir adalah sangat kecil. Bayi2 ni baru keluar dari perut, memanglah macam2 ragamnya. Dari sedap2 duduk dalam perut makanan masuk je mulut, bila keluar nak kena cari puting susu ibu, memangla mengamuk. Lepas tu duduk dalam perut tu panas, keluar je dunia mestilah sejuk. Semua tu peralihan bayi2 ke dunia. Menangis tu lumrah bayi. Bukan bayi tu lapar sentiasa. Jadi, sila terangkan pada orang2 yang kurang memahami keadaan bayi itu ye.

KELIMA, TOLONG berdoa untuk anak isteri agar rezeki anak sentiasa dimurahkan. Kalau sekalipun ada satu hari yang si ibu rasa macam pam tak cukup botol untuk diserahkan ke nursery, bapa2 tolong doakan agar Allah mempercukupkan keperluan anak itu. Bila datangnya situasi macam ni, hanya ibu2 yang pernah menyusukan sahaja tahu betapa cemasnya kita takut anak lapar. Tapi, kalau suami bagi suntikan semangat kepada isteri dan sentiasa menyuruh isteri tu bersabar dan Allah takkan mensia-siakan doa kita, Insya Allah, si ibu kembali tenang dan susu badan tu flow dengan smoothnya.

Itulah tips-tips untuk para bapa. Saya mempunyai suami yang sangat supportive dan sangat membantu dalam hal penyusuan ini. Kalau tak, saya takkan dapat menyusukan anak2 saya dalam tempoh yang lama. Alhamdulillah, suami saya memang tip top. Dalam menegakkan penyusuan ini sebagai sunnah dan yang termaktub dalam Al-Quran pun, suami saya memainkan peranan dia dengan berjaya.


Jadi, para ibu menyusu yang membaca post ini, sila passkan atau sharekan kepada suami2 anda. Atau, kalau tak, kami bikin UNION! Heheheh..okaylah..sehingga lain kali.

Love,




Thursday, March 24, 2016

Niat ibu

Alhamdulillahirabbil a'lamin wassalatu wassala asyrafil ambia iwal mursalin..waala a'lihi wasahbihi ajmaein..

Assalamualaikum semua..
Saya sentiasa teruja apabila melihat ibu2 bersalin dan antara soalan2 utama yang biasa saya utarakan setelah bertanya khabar ibu dan bayi adalah..."Are you breastfeeding?". Berbunga hati saya sekiranya jawapannya adalah.."ye kak, Alhamdulillah masih bertahan..". Akan tetapi, agak sedikit terkilan sekiranya jawapan yang kedengaran adalah.."tak kak, susu takde..". Subhanallah...saya hanya mampu tersenyum walaupun dalam hati melonjak2 mengatakan.. "Laaa...Allah beri kita dua asset berharga khas untuk semua wanita (Insya Allah selagi asset ini masih ada) supaya, dapat kita "connect with your child". Itulah titik permulaan supaya anak kita kenal siapa ibu, siapa lembu? maaf..terkasar sedikit bahasanya..akan tetapi itulah hakikatnya. Masih ada yang menidakkan kuasa para ibu sebagai tempat untuk bayi, anak2 kecil bergantung hidup. Kalau anak kucing, tanpa susu ibunya diberikan seawal hidupnya, peratus untuknya terus hidup agak tipis. Tapi anak manusia..kerana adanya PILIHAN maka, mereka lebih senang memilih susu lembu atau susu kambing atau soya sebagai pilihan mereka...Sering juga saya tertanya2..mengapa begitu mudah ada yang merasakan, TAK PERLU menyusukan anak sedangkan itu adalah sunnah Rasulullah. Mudahnya untuk kita para ibu mendapat pahala. Bekerja sepenuh masa? Saya juga bekerja sepenuh masa. Sibuk melayan anak2 lain? Hmmm..Saya menguruskan ketiga2 anak saya tanpa pembantu rumah..Kebanyakan kerja2 rumah, saya lakukan sendiri memandangkan keupayaan suami untuk menguruskan anak agak terbatas lantaran kesihatannya. Atas pengalaman berharga inilah, anak2 lebih patuh dan menyayangi saya berbanding orang sekeliling.Ramai orang memberikan pelbagai alasan kenapa tidak berjaya menyusukan anak secara eksklusif walaupun garispanduan yang diberikan oleh pakar2 perubatan dan penyelidik2, hanya 6 bulan diperlukan untuk bayi2 mendapatkan imunisasi "manusia" supaya lebih kebal dan bersedia menghadapi dunia tetapi 6 bulan itupun dirasakan perit oleh ibu2 ini. Takde pam yang sesuai, letih, tertekan, nak kurus, susah nak "adjust" baju kalau bagi susu di khalayak ramai..Eeerrr...itulah dia..alasan..kalau saya nak bentangkan di sini hujah2 saya..petik jari je saya dapat menjawab semua tuduhan2 ini. Tetapi..apa yang lebih penting dari segala2nya adalah NIAT. Di awal usia mengandung, niat mesti betul kenapa nak menysukan anak? Nak kurus? Nak anak tembam? Nak anak rapat dengan ibu? Ikut trend..ini adalah niat sebenar kaum2 ibu sekarang ini yang kami perhatikan merupakan penyumbang kepada kegagalan para ibu meneruskan penyusuan ibu secara eksklusif. Seronok dan berlumba2 nak beli pam yang paling mahal dan canggih yang akhirnya hanya berguna selama 2 bulan sewaktu berpantang. Kemudian, simpan dalam almari atau lagi parah, jual!Saya meletakkan NIAT sebagai pemacu kepada kejayaan kerana dari sinilah datangnya usaha yang sebenar, sekiranya kita tersangkut di tengah jalan, kita berpaling kepada Allah supaya memberikan kita rezeki yang baik untuk anak kita, kita berdoa dan sekaligus memelihara keadaan diri kita supaya tubuh badan kita besedia dan sentiasa dilimpahi susu yang kita doakan untuk kesihatan dan kebaikan tubuh badan anak kita. Kita percaya 100% susu badan kita adalah penawar kepada sakit kuningnya, sakit matanya, dapat mengurangkan lelahnya, susu badan dapat membesarkan dan menyihatkan anak kurang matang kerana bukan hanya susu itu yang memainkan peranan..tetapi sentuhan ibu dan perasaan kasih sayang, belaian ibu, rapatnya anak di hati, jantung ibu di awal kelahiran anak itulah yang menjadi penyuntik semangat kepada kelangsungan hidup anak kecil tadi.NIAT telah membantu saya menyusukan anak2 saya selagimana mereka mahu menyusu dengan saya. Alhamdulillah..Allah berikan rezeki yang MELIMPAH2 untuk anak2 saya dan sekaligus membantu dalam banyak aspek kehidupan kami suami isteri. NIAT akan membantu kita menempuh segala kepayahan, NIAT akan menjadi kekuatan dan inspirasi di saat kita tertekan dengan kerja dan berhadapan dgn pelbagai karenah suami dan anak2. Kita sedia maklum..Kerana NIAT itu menghubungkan kita dengan Pencipta kita. Yang mencipta kejadian seluruh alam, yang memberikan dan memurahkan rezeki dan pemberi nikmat kepada manusia. Sekiranya bukan dari Dia yang kita minta, siapa lagi?Maka dengan itu, saya seru sejauh mana seruan saya ini dapat menjangkau..PERBETULKAN NIAT anda..Segala kesusahan dan kepayahan akan nampak lebih enteng dari selama ini yang anda hadapi..Sekian..



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana digerakkan saya untuk berkongsi sebutir dua pandangan dan pengalaman saya bersama pengunjung laman ini agar sama2 dapat mengambil iktibar dari pemerhatian saya dan suami mengenai topik yang saya bangkitkan ini..







Wabillahitaufiqwalhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh




Nukilan,




Breastfeeding journey..10 years ago

10 years ago breastfeeding is rare. People looked at the idea as “left-behind”, “outdated”, “a waste of time”, “uncivilised”. Unfortunately, I was one of the 4 above mentioned names. My breastfeeding journey was sad but I refused to let go. I fought with people mostly mothers and grannies how breast milk is the best milk for a baby.
I faced series of low supply and I cried a lot. It was really tensed. I have always wish that I would want to breastfeed all my children for at least 6 months exclusively. It would be great if I could reach 2 years or more. That’s a bonus for my baby.
I got married in 2006 and got my first child, Maryam late 2007. I planned for the preparation the moment I got married. Reading books of breastfeeding and browsing the internet to find suitable sites and articles to support me. Luckily, a friend of mine who seems to be as passionate as I am recommended a website, www.susuibu.com.
I went for a counselling with Ms Kamariah and rented a book to read on breastfeeding. I read the book in a hospital where I was admitted due to plasenta previa stage 3. I was there for 2 weeks just enough for me to read and write notes. I was surrounded by mothers in the hospital who does not believe in breastfeeding. Luckily that hospital has already started a breastfeeding campaign. No bottles are allowed but many of them smuggled in bottles and formulas to feed their newborn with formulas. They even mocked me for taking breastfeeding seriously. At that moment, I have already read many books of breastfeeding, I feel sad for them and at the same I was angry because the baby should be drinking mother’s milk not cow’s or goat’s milk. Even a cow feeds its calf with cow’s milk, why aren’t we giving human’s milk to human baby? Okay, steady Lis…obviously, I am a bit emotional right now…
At home, after giving birth to my daughter, my family and in-laws are against this idea. Me and my husband stand for our believe. There are times when I was psychologically being forced to believe that my milk does not provide enough milk for my baby. That’s why the baby keeps on crying. This sentence was being played again and again like an MP3 to stop me from breastfeeding my own baby. I don’t buy them.
My children
My Breatsfeeding Kiddos : Maryam, Ahmad & Ali Karimi
Time flies and from one year to another I keep on receiving questions about breastfeeding and new mothers or even mother of 2 asking me for advice on breastfeeding. I realized these mothers need to be educated. Someone has to show them the beauty of breastfeeding and that’s how it all started and that is why now I will share my stories to those who enjoys reading my post for advices and tips on how I get through 5 years of breastfeeding ( eeerrr…I got pregnant again and again while I was breastfeeding).
Well, more posts to come on my breastfeeding journey. Have fun reading!

How to boost your milk supply within one day

Boost your milk supply

“Sis…My supply is reducing, my stock left with only 1 bottle in the fridge..how to boost my breast milk supply within one day? Help me”…
Frankly, it is not easy to boost your milk supply within one day but what you can do is try and pray. I’ve faced it before and luckily what I’ve tried to revive them worked. Yes, within one day. Trust me, to get to this ONE day achievement, I’ve done so trillion ways (okay, i’m exaggerating) and tried so many remedies to make sure my kids got continuous supply of my Expressed Breast Milk (EBM).
Failing to notice that your milk supply is getting lesser and lesser will eventually become a big problem. You tend to think that “it is OK”, I still have few more stocks at home. EEKKKK….Wrong!!!
The minute you noticed from your pumping session that you are not producing the normal or usual production level, it is the sign. You need to do something. Don’t wait until last minute. Once you get to your panic level, it is a bit too late to save it because you are stressed out. Let’s share the ideas and the tips I’ve been worked on to boost my milk supply within one day.

First – Identify the root of the cause

Be sensitive when you noticed that your milk supply is dropping. Check was it because of your pumping session? Exhaustion? Stress? PMS? Your baby is not latching correctly? Tackle this question first. If it is the pumping session, it is still workable. Exhaustion or stress? you need to take a day off. PMS? There are few food intake you should consider during PMS. Latching problem? Check it and get it right!
These are some of the problems you might faced during the wonder years of breastfeeding.  But, what can you do to increase them within one day? Read on..

Second – Take a day off

Seriously if you really can’t go to the nursery to send the EBM during lunch hour or so, then, take a day off with your baby at home. Do not send them to nursery. Baby is the best person you would need to boost the milk supply. How? Make sure you nurse them more often. Then, pump it out after every nursing. Pump for 5-10 minutes after each nursing to signal the breast that you need more milk. Keep every drops of the milk no matter how little.

Third – Get the remedies

Fenugreek seems the best remedy I’ve ever tried. Soak it in hot tea for about 5 minutes and drink it. You will feel the difference.
Breastfeeding remedy

Fourth – Drink plenty of plain water
I drank almost 4 liters everyday when I breastfeed my children. Even by having to drink that much, I still faced the same problem. So, mothers..don’t worry..it’s common. All BF mothers will feel and face the same problem. With the correct motivation, you can do it.


Fifth – Drink milk
Back in the days when I breastfed my eldest, I don’t really drink milk. But one day when my supply is reducing, I went to seek for advice and one of the advice was, drink more milk. And I did. And that day, my supply increased 4 oz from usual, I got one extra bottle to keep.


Sixth – Check your pump
Pumping machine can be very problematic if it is not properly serviced. Make sure all components and accessories are intact. If you noticed that accessories are doing things they are not supposed to do, get it fix immediately. If money is concern, then, study the marmet technique. Its free of charge. But it is very time consuming.

Seventh – Ghee, my milk booster

I have this habit of eating this one traditional cuisine from west, central and south asia called Naan every evening. My supply will not only increase after 10 minutes I eat it, my milk will be very creamy and i can see the fat inside it. When my milk supply reduced, I will increase the naan intake and the result has never failed me.

Lastly – It belongs to Him, pray for it

Well, you’re supposed to pray before and after you have done all these. Like it or not, this wonder food came from Him so, ask from The Mighty to help our little ones. Pray that the stocks are enough for them, pray that you will be able to boost the supply, pray for stress reliever. Pray, pray and pray.
There, my tips to boost my breast milk supply for 6 consecutive years for my 3 kids. I’ve mentioned earlier, it is not easy. You will face all the exhaustion, the frustration and so much more but the result is so overwhelming I am so happy and never been more proud I’ve gone through these phases.
Love
Lisany icon