Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...
Hari pertama menyusukan anak adalah pada 19 Disember 2007. Kebimbangan tidak dapat menyusukan anak sendiri masih bersarang di hati. Semasa mengandung 4 bulan, saya mendapatkan khidmat kaunseling dari Kak Kamariah dari susuibu.com dan 2 bulan sebelum melahirkan anak pertama saya meminjam buku untuk mempelajari cara menyusukan bayi dan menyimpan stok susu apabila kembali bekerja.
Saya melahirkan secara C-sec di Hospital Serdang di mana mereka telah pun mempromosikan penyusuan ibu. Hospital Rakan Bayi. Di mana sahaja terpampang poster botol susu dilarang digunakan di hospital. Saya gembira kerana sedikit sebanyak laluan untuk menyusukan bayi dengan susu badan dimudahkan. Kehadiran bidan2 dan jururawat yang bertauliah untuk menunjuk ajar cara yang betul untuk menyusukan bayi sangatlah dihargai.
Kali pertama saya menyusukan anak, sedikit susu pekat berwarna kuning atau kolostrum yang keluar..of course..perut anak kita ni kecik..masih menyesuaikan diri dengan pemakanan pertama setelah keluar ke dunia. Kalau kita dengan jahilnya menyangka bayi itu menangis kerana kelaparan dan menyumbat susu selagi ada, maka, saya nasihat, banyaklah membaca dan bertanya. Bayi2 ini perlukan masa untuk mengadaptasi dengan keadaan sekeliling. Berikan susu peringkat demi peringkat. Mengikut permintaan.Itulah namanya Breastfeeding by Demand. Bayi itu lebih tahu bila dia lapar. Kalau kita pun disumbatkan dengan makanan atau minuman apabila telah kenyang..senak, muak, semua rasa ada. Apa bezanya dengan anak kecil ini?
Sebelum ini bayi2 ini duduk di dalam kantung ibu yang melindungi mereka dari pelbagai penyakit, gegaran, luka dan lain2. Mereka mendapat makanan dari saluran plasenta yang menghubungkan mereka dengan ibu2. Setelah keluar dari kantung itu, tiada lagi kepanasan dan keselesaan seperti di dalam perut ibu. Apa salahnya bayi2 ini menangis untuk meratapi ketiadaan keselesaan tersebut? Apa yang mereka mahu adalah berada di dalam pelukan ibu mereka, melekap di dada ibu, merasai kepanasan dan keselesaan itu walaupun perasaan itu hanya secebis rasa berbanding suasana di dalam perut ibu. Apakah susah untuk ibu2 memahami keadaan itu? Sebaliknya, penjelasan yang dirasakan paling logik mereka rasakan ialah dia selalu lapar. Maka, sumbatlah susu formula pula sebab susu badan tak cukup. Haih....
Ibu-Ibu..fahamilah bayi-bayi kita. Mereka juga manusia. Cuma mereka adalah manusia yang tidak berdaya dan memerlukan kita untuk menghidupkan mereka dengan bantuan Allah. Mereka amanah untuk kita. Allah mengurniakan kita cahaya mata ini untuk kita menjadikan mereka khalifah Allah selepas kita. Jadi, berusahalah sebaiknya supaya seawal kelahiran mereka, mereka mendapat segala yang terbaik di dalam kemampuan kita sehingga akhir hayat kita atau mereka.
Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Nukilan,
Lisany

No comments:
Post a Comment