Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Alhamdulillahirabbila'lamin Wassalatuwassalamuala Asyrafilambia iwal mursalin Waala a'lihi wassahbihi ajmaeein..
Tajuk yang agak tipikal ingin saya ketengahkan pada catatan saya kali ini. Secara asasnya guru adalah orang yang mengajar kita, mencurahkan ilmu kepada kita, membimbing kita sekiranya kita tersimpang, memerhatikan perlakuan kita dan memelihara batas2 kita sebagai anak muridnya. Sekali pandang, jawapan kepada segala prosa2 ayat di atas adalah cikgu di sekolah rendah, cikgu di sekolah agama, cikgu agama bagi sesiapa yang belajar di surau2, masjid2 dan juga orang perseorangan bagi memantapkan lagi ilmu yang ingin dipelajarinya.
Tetapi, berapa ramai terutamanya bagi para isteri menyedari peranan suami mereka yang sebenar? Bukankah semasa diakadnikahkan, suami kita bersumpah akan membimbing kita, membawa kita ke arah kebaikan susah senang bersama dan menjadi muslim dan mukmin yang sejati? Berapa ramai yang menyedari dan menghormati suami seperti kita hormat dan takut kepada cikgu2 di sekolah kita? Saya mengakui, bukanlah saya ini baik sangat, langsung tidak marah kepada suami tetapi, saya menyedari peranan itu, saya cuba menjadikan suami tersayang sebagai idola, sebagai guru yang setiap kali saya inginkan jawapan, dia sentiasa bersedia dgn jawapannya. Setakat ini, saya tidak pernah dikecewakan. Malah, terdapat juga sahabat2 lain yang menjadikan suami saya tempat mereka juga belajar dan bertanyakan persoalan baik hal2 agama, kehidupan mahupun yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Saya bangga mempunyai suami sehebat ini.
Tidakkah kalian terfikir, mengapa ramai yang kecundang di dalam rumahtangga kerana asasnya dianggap suami itu pengasuh anak, pembantu rumah, pegawai bank, pekebun dan semualah. Tidakkah kalian merasakan sekiranya kita mengangkat martabat suami kita setaraf dengan guru kita di sekolah, di surau2, di masjid, hidup kita akan lebih bahagia kerana penghormatan itu datangnya dari keikhlasan dan kesedaran kita yang tahu hakikat taraf suami kita?
Saya sendiri kini dalam usaha untuk menyedari hakikiat ini. Bukan mudah, lebih2 lagi kami telah bercinta selama 8 tahun sebelum berkahwin. Kami mempunyai kitaran sahabat yang hampir sama kerana sama2 belajar di tempat yang sama. Perbualan dan percakapan kami adakalanya agak kasar kerana teramat rapat. Setelah berkahwin, kami mengharungi kehidupan yang agak mencabar dan tertekan dengan kehidupan kami sehinggakan rasa hormat itu semakin berkurangan setiap hari. Sekali sekala, saya tertanya2 adakah masih lagi ada cinta antara kami berdua? Jawapannya YA. Saya masih menyintai dan menyanjungi suami saya. Tinggal lagi cinta sahaja tidak akan membuat kita menghormati suami kita. Kita mesti menyedari siapa dia di sisi kita.
Setiap hari saya mendoakan agar kasih sayang kami sentiasa berputik bukan berkembang dan layu. Setiap hari saya memohon agar saya menyedari taraf suami yang jauh lebih tinggi dari ibu saya sendiri setelah saya berkahwin dengan lelaki ini. Setiap hari saya meminta agar rumahtangga kami disuburi rasa cinta, hormat dan percaya dan tiada siapa yang dapat memisahkan kami melainkan dipisahkan olehNya. Insya Allah..
Semoga setiap para isteri menyedari hakikat ini dan mula melakukan sesuatu demi keharmonian rumahtangga kita bersama. Kita ini adalah perhiasan dunia, sekiranya kita berakhlak, beragama, mengangkat darjat suami kita, menghormati harta dan keluarganya, Insya Allah kita, anak2 kita dan suami bersama2 dapat berjumpa di Syurga, matlamat akhir kita selamanya...
Sekian
Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Nukilan,
Lis

No comments:
Post a Comment