Assalamualaikum w.b.t
Lama sudah tak bertinta..agak sibuk dengan aktiviti di rumah, di pejabat, di atas jalan raya..Tiba-tiba bila membaca blog2 ibu2 lain baru saya terasa..dah lama tak memerah otak, meluahkan pendapat dan menaip tanpa batasan...
Di bulan Ramadhan 2014..saya terpanggil untuk membaca dan menganalisa kembali jadual waktu anak2 di rumah, pembelajaran anak2 yang sudah lama tidak dipantau sebaiknya dan masa yang berkualiti untuk anak2. Mungkin inilah hidayah Allah yang diberikan kepada saya di bulan Ramadhan ini. Anak2...
Maryam sudah menjejak darjah 1..Ahmad di tadika dan proses pembelajaran formal telah bermula manakala Ali masih di peringkat sekolah main2. Selepas perjumpaan bersama guru sekolah rendah, guru sekolah agama, guru sekolah tadika anak2 berkaitan pencapaian anak2, saya mula tersedar..saya tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran dan secara tidak langsung menyumbang ke arah ketidakfokusan mereka dalam pembelajaran. iPad, Tab dan smartphones yang ada telah melalaikan anak2. Apatah lagi TV terbentang di depan mata. DVD kartun bersilih ganti ditonton anak2. 6 bulan berlalu..saya hanya mendiamkan perkara ini. Mungkin kerana pendirian kami suami isteri selama ini ingin anak2 mencari rentak sendiri dalam pembelajaran mereka. Saya masih tidak pasti sama ada ini adalah langkah yang betul atau tidak...
Di Ramadhan ini, saya kembali memuat turun audio Prof Dr Muhaya, Ustaz Pahrol Md Juoi dan beberapa ustaz lagi berkaitan pendidikan dan kasih sayang untuk anak2. Saya rasa saya banyak membuat silap dalam mendidik anak2 selama ini. Anak2 masih di peringkat 7 tahun pertama..saya rasa saya masih sempat membuat sesuatu untuk mereka. Sunnah Rasulullah akan saya jadikan panduan, berdoa akan menjadi senjata saya yang utama.
Saya akan berkongsi nasihat2 Prof. Dr Muhaya, Ustaz Pahrol dan yang lain2 yang saya dengar dan juga ringkasan dari blog2 ibu2 yang tegar dalam pendidikan anak2 yang saya sanjungi dan hormati supaya kita dapat belajar bersama.
Saya mungkin berjaya menyusukan anak2 dengan susu badan sendiri untuk ketiga2 anak saya tetapi..it takes more than that to make sure that they will do well in their life as mukmin not only muslim. Susu badan hanyalah permulaan kepada perhubungan berdasarkan kepercayaan dan kasih sayang antara ibu dan anak. Selebihnya, akhlak kita memainkan peranan..Bukankah Rasulullah diturunkan untuk memperbaiki akhlak umatnya? Maka , that's the essence of everything..
Insya Allah..Ramadhan 2014 ini saya akan cuba istiqamah dalam mendidik anak2 dan semoga Al-Quran, Sunnah dan Hadis menjadi pegangan anak2 saya di dalam hidup meraka..
Wabillahitaufiqwalhidayah..Wassalamualaikum w.b.t
Nukilan,
Lis
19 Julai 2014 , 22 Ramadhan 1435

No comments:
Post a Comment