Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...
Dah habis Ramadhan, dah habis raya..baru dapat log in blog ni. Sorry from the bottom of my heart for not updating and no input during these 2 months. Saya cuma nak berkongsi pengalaman menyusu semasa bulan Ramadhan tapi tak sempat pulak..but then again..mesti ramai yang kena ganti puasa kan??? So, let's share my experience.
Apa-apa hal pun kita mesti merancang. Of course kita dah tau kita akan menempuh bulan puasa (pada sesiapa yang berkenaan) jadi, cukupkan ilmu di dada dengan membaca pengalaman orang lain yang juga pernah mengharungi bulan puasa dan menyusu pada waktu yang sama.
Yang pertama sekali..ingin saya memberitahu, saya juga mengalami krisis kurang susu pada bulan puasa. Jadi, bagi saya, kurang susu memang biasa. Jadi, jangan rasa bersalah atau rasa hilang keyakinan diri bila susu berkurangan.
Ini yang saya lakukan setelah belajar dari kesilapan pertama (semasa anak pertama) :
1. Persediaan dan niat
Buat perkiraan antara current month dan coming fasting month. By this time, rasanya ibu2 yang menyusu ini sudah tahu rentak anak anda menyusu. Jadi dah boleh agak setiap hari berapa anak anda minum di waktu siang. Kumpul susu secukupnya sebelum sampai bulan itu. Sebulan dua sebelum itu, puan2 mesti rajin lebih sikit untuk bangun malam untuk mengepam dan tambah sesi menyusu waktu siang untuk mempertingkatkan bekalan susu. Niat mesti dipasang dari awal supaya Allah mencukupkan rezeki anak kita.
2. Pemakanan
Saya dapati badan saya amat serasi dengan susu untuk penambahan susu badan. Makanya setiap bulan puasa saya akan meminum susu waktu sahur, waktu berbuka dan waktu malam sebelum tidur. Ditambah dengan produk SHAKLEE saranan sahabat saya iaitu Milk Shake Vanilla. Saya akan tambahkan Milk Shake ini ke dalam susu tepung yang saya minum dan Alhamdulillah, apabila mengepam di siang hari, stok susu masih sama. Tidak lupa juga saya akan minum air suam diselang seli dengan susu. Saya mengikut nasihat seorang kaunselor penyusuan badan, Kak Kamariah dari susuibu.com, lebihkan kalsium semasa berpuasa dan semasa datang haid. Ianya berhasil. Terima kasih Kak Kamariah.
3. Berehat
Fokus saya di sini adalah untuk semua ibu-ibu yang menyusu. Tidak kira samada mereka bekerja di pejabat ataupun dari/di rumah, walaupun anda adalah surirumah sepenuh masa, anda tetap perlukan rehat. Berehatlah selepas anda pulang dari pejabat, walaupun 15 - 30 minit, anda perlu lepaskan lelah anda sebelum memasak untuk berbuka walaupun juadah itu dibeli. Persediaan meja masih perlu dilakukan. Mari saya cadangkan masa2 berehat yang sesuai dengan saya semasa itu:
i. Di waktu pagi, selepas solat subuh, rehat 15 minit. Sama ada berbaring ataupun duduk di sejadah sambil berzikir..hehe..saya syorkan zikir Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x) dan Allahuakbar (33x), zikir yang diberikan oleh Rasulullah kepada anakanda baginda Saiyiditina Fatimah semasa meminta pembantu rumah. Zikir ini jika diamalkan, anda dapat merasakan kekuatan dalaman kurniaan Allah s.w.t kepada kita. Sila cuba selepas setiap kali solat.
ii. Waktu tengahari, kalau boleh, waktu rehat yang biasanya kita pegi lunch tu, tukar kepada qailullah. Sekali sekala ada yang pergi bershopping, terpulang, ikut kudrat masing2. Tetapi sekiranya penat, tidurlah sebentar di waktu tengahari.
iii. Pulang dari kerja, di waktu petang, seperti yang diberitahu di atas, sampai je rumah, cuci kaki, cuci muka dan duduk rehat sekejap 15 - 30 minit. Kalau sempat mandi, mandilah dulu.
iv. Akhir sekali, malam..jangan lupa tidur selepas berterawih dan solat witir. Jangan lambat2 sangat tidur. Kalau boleh, pastikan dapat tidur selama 6 jam paling kurang.
4. Pengepaman
Jangan skip sesi mengepam kerana beranggapan susu belum keluar atau bulan puasa, takde lagi susu keluar pada waktu2 biasa anda mengepam. Anggapan anda mungkin salah. Saya sudah mencuba dan terbukti benar. Anda mesti mengekalkan tempo dan waktu mengepam seperti waktu2 bukan bulan puasa. Kalau tak banyak pun, memang ada yang akan keluar. Setiap titik itu berharga bagi kita dan anak kita, jadi, disiplinkan diri anda dengan masa mengepam.
5. Last but not least, berdoalah kepada Allah. Dia pemberi rezeki. Kalau tak panjatkan doa pada Allah, macamana Allah nak tolong?
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Nanti saya kongsikan pengalaman lain pula.
Terima kasih dan Waalaikumsalam w.b.t