Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, April 5, 2016

Apa aksesori penyusuan yang diperlukan untuk dibawa ke pejabat?

Assalamualaikum



Hari ni kita citer pasal apa aksesori penyusuan yang nak dibawa ke pejabat bila dah abis pantang. Takyah kita pusing2la kan? Intro2 tu agak penat nak baca kot. So kita straight to the point.


Aku pengguna tegar Spectra. Lebih spesifik Spectra 3. Amenda Spectra 3 nih? Ni ha..ni Spectra 3.


Spectra 3


Electric breast pump Spectra 3 yang boleh digunakan untuk buat double pumping. Inilah penyelamat aku masa anak pertama dah masuk 9 bulan, susu dah makin nak abes sebab asyik ngepam guna pump sebelah je. So, please kawan2 atau adik2, kakak2 yang nak serius pasal mengepam ni..sila pakai double pumping dari awal.


Kerana aku ni jenis buat survey yang bagai nak rak sebelum membeli sesuatu, maka setelah diteliti dari segi fungsinya, kualitinya dan yang paling penting harganya, aku pilih nak beli Spectra 3 ni. Sebenarnya masa kat hospital aku dah terpandang satu mesin ni gred hospital punya pam. Sure power pump tu. Saje je pegi ngacau amoi tu ngepam untuk anak dia yang ada kat dalam NICU sebab tak cukup bulan. Baca jenama pam tu..ni ha pamnya..lebih kurangla..


Spectra 2


Macam gedabak sangat pulak aku nak usung ke hulu ke hilir kat tempat kerja ye tak? So, kaji punya kaji..pikir punya pikir aku amik keputusan untuk carik jenama Spectra. Kalau hospital pun pakai Spectra maka, aku percaya Spectra tu bagus. Tapi tatau lagi masa tu ada Spectra yang kecik dari ni. So, bermulalah journey aku mengsurvey Spectra punya aksesori.


Selama 6 tahun aku bawak Spectra tu ke hulu ke hilir. Dari anak pertama sehingga ketiga. Sempat bagi biras aku pinjam kejap. Servis balik sebelum anak kedua keluar. Pastu pakai sehingga anak ketiga melepasi tempoh penyusuan, akhirnya aku wakaf je kat saper2 yang nak guna kat opis. Sekarang aku pun tak pasti pam tu ada kat tangan saper dah. Service pun rasanya 3 kali je dalam 6 tahun tu. Yang bertukar2 hanyalah gajet2nya yang kenit2 tapi sangat terkesan kalau barang yang kenit2 tu rosak.


Okay, pam yang aku guna aku dah tunjuk. Jangan tanya kenapa tak pakai Medela ke, Philips Avent ke..apa yang aku tau dan juga disarankan oleh pakar penyusuan yang juga idola aku..katanya Spectra ni senyap je..tak berbunyi, kalau tengah mengepam orang tak perasan. Aku termakan kata2 itu di samping memang aku dah nampak sendiri kat hospital jenama ni.



Jom kita kupas satu2 keperluan yang cukuplah nak bawak ke opis atau lebih tepat lagi yang aku bawa ke opis, ke kursus, ke mesyuarat luar pejabat, balik rumah mentua..aku usung ke mana saja.


Semasa zaman aku mengepam dulu..macam lama sangat je..tahun 2007 dulu. Tak banyak aksesori yang comel2. Semuanya sama ada kaler itam atau pun putih. Dalam tahun 2009 tu dah mula macam2 kaler, beg macam2 gaya. Tapi sebab dari tahun 2008 tu dah beli barang2 ni, so, pakai jelah ye tak? Aku pakai sampai tahun 2013.




BEG MENGEPAM MOM's PRECIOUS


Mom's Precious

Ini sebenarnya beg kedua aku yang aku beli tahun 2009. Tahun sebelum tu beg yang aku pakai beg jinjing belang2 hitam, putih, merah. aku dah cuba carik beg tu dalam mana2 website. Gone. yilek. So, tak dapat nak tunjuk beg lama yang aku pakai. Beg Mom's Precious ni boleh bukak zip depan tu untuk sambungkan wayar mengepam. Kabel untuk sambung ke punca kuasa ada kat belakang beg ni. Memang mudah. Beg ni ada poket kiri dan kanan. So, bolehla nak selit apa2 barang macam telefon ke, pen, buku nota ke. Dalam beg ni ada penutup keras pemisah antara pam dan tempat nak letak beg sejuk simpanan susu yang dah diperah atau biasanya kita sebut Expressed Breast Milk (EBM). Pam tu takkan basah punya. Tak bocor pun beg susu tu. Beg susu tu rupanya gini. Juga aksesori Mom's precious. Memang convenient. Nampak je besar. Tak besar pun..boleh muat 4 bijik botol size 4 oz tu. Penah je aku selitkan botol susu kecik size 2 oz tu sebjik. Muat je. Tak tumpah pun.


Mom's Precious



So, dalam ni seperti yang dikatakan, muat 4 botol size 4 oz, satu botol 2 oz dan 2 pack ice Mom's precious juga. Gini rupanya...

Semua Mom's Precious

Semua dalam satu beg ni je tau. Nak kata berat..bila susu penuh 5 botol dan ice tu dah makin mencair, mmg terasa berat jugak. Tapi biasanya, aku bawak ok je. Anak susuan aku lagi berat kot lepas minum susu badan ni.


Next..apa lagi... OK..apa yang ada kat Spectra 3 nih? Barang2 kecik yang aku cakap tadi..meh sini tengok..


Set Spectra 3

Okay..aku besarkan sikit saiz gambar ni..Ini diambil dari satu website yang tak nampak apa yg di watermarkkan. Tapi dulu aku tak guna botol susu Spectra ni. Dulu pakai set Mom's Precious je semua. Lengkap dan padat.


Peratikan..ada corong, ada filter backflow, ada tiub tu..Ada lagi aksesorinya. Satgi kita tengok gambarnya..Benda2 yang boleh dicuci dalam gambar ni ialah corong tu sahaja. Takyahla cuci tubing tu dan juga filter tu.. Nanti korang punya duit pun kena cuci jugak. Sebab kalau cuci biasanya dah x power suckingnya. Ini berdasarkan pengalaman sayalah. Dan filter backflow tu pulak fungsinya untuk menyekat aliran masuk ke dalam mesin mengepam tu. So, kalau masuk air biasa, sama je dengan susu. Rosak juger.

Filter backflow tu gunanya camni..




Filter untuk backflow
 
Hati2 sebab salah pemasangan juga akan menyebabkan susu mengalir masuk mesin. Sudahnya kenala hantar servis. Kalau hantar servis, pastikan bawak warranty card supaya korang boleh dapat rental unit sehinggalah korang dapat balik pam korang. Kalau tak, pandai2la carik pam kawan2 ye.


Lagi..ni barang2 seterusnya..ini valve (warna biru) dan membrane..diguna pakai bersama corong. Inilah yang akan memastikan sucking tu cukup bagus dan proses mengepam tu memuaskan. Kalau membrane ni koyak..sila tukar dengan kadar segera. Biasanya aku simpan stok 2 bawak pegi opis. Benda ni kecik je..besar ibu jari. Selit je lam beg susu tu.Agak sensitive kalau handle dengan kasar.

Kedua2 gajet ni mesti dicuci juga sebab kalau ada residue susu kat sini, busuk baunya dan bila kita pam balik tanpa mencuci, kita masukkan sekali susu basi ke dalam susu baru yang diperah. Saya cuci selepas setiap kali mengepam.

Valve
Membrane


Seterusnya..silicon breast shield ni. Benda ni akan mengurangkan rasa sucking yang kuat dari corong Spectra ni tapi, pada pengalaman aku pakai benda ni, susu aku tak keluar dengan banyak..lepas tu sangkut2, lepas tu susu tu mengalir tepi2..Benda ni terbukak2..so, kesimpulannya..kalau nak kurangkan sedutan yang kuat, mungkin masa tu breast luka ke, boleh pakai benda ni. Tapi saya personally, tak pakai gajet ni.


Silicon Breast Massager/Shield



Setelah semuanya diassemblekan, bentuknya jadik begini..

Setnya yang lengkap


Oh bangku bawah botol susu tu biasanya disertakan di dalam kotak pump tu. Fungsinya untuk korang letakkan susu tu di atas benda alah tu supaya susu tak tumpah. Sila gunakan bangku tu..percayalah..kalau taknak nangis tengok susu tu tumpah..sila gunakan bangku ini dan berhati2 ye..(Juga berdasarkan pengalaman hakak, habis suami kena marah..dia pun konfius).




Kesimpulannya semua aksesorinya adalah seperti berikut:


1) Electric Double Pump Machine
2) Corong
3) Botol susu
4) Tubing
5) Filter backflow
6) Membrane
7) Valve
8) Bangku botol
9) Beg pumping
10) Beg penyimpanan susu
11) Silicon breast massager/shield (jika suka)




Ada orang kata bawaklah gambar bayi anda untuk merangsang pengeluaran susu. Sebab bila kita ingat anak kita, hormone tu jadi lain. Tapi saya tak gitu pulak. Saya bawak buku cerita ataupun baca surah pendek Al Quran. Tapi selalunya saya membaca buku. Untuk 20 - 30 minit, oklah dapat 5-10 muka surat majalah ke buku ke.




Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya. Tapi saya taknak stop lagi..Saya nak memperkenalkan orang yang bertanggungjawab dalam mendidik dan memimpin saya dalam penyusuan ni.. Kak Kamariah dari susuibu.com. Dialah mentor saya. Sekarang dia antara pioneer di Malaysia dalam penyusuan susu ibu bersama Kak Rita dari momslittleones.com yang juga ada memberi guide pada saya masa nak beli pump walaupun masa tu melalui telefon je.




Masa saya jumpa Kak Kamariah dulu bersama suami saya, dia menyusukan anak kedua dan pertama. Terima kasih kak.

My mentor..my idol



Kalau korang nak cuba dapatkan khidmat nasihat Kak Kamariah ni boleh buat appointment melalui website www.susuibu.com.



Sekarang Spectra dah evolved..Nampak macam diffuser Young Living pun ada..cantik2 pulak tu. ada yang slim melim..rasanya itu yang latest kot. Mungkin takde jual kat sini. Tapi saya tunjuk jelah sebagai halwa mata..Bestnya kalau dulu ada banayk2 gini...


Spectra 6. Macam lebih kurang Spectra 3. Tak check pun ada bezanya

Spectra 7

Spectra S2

Spectra S1

Spectra 9..Ini superb ah..

Spectra M1

Spectra Dew 350




Oklah..itu saja hari ini.. Tunggulah next post..Or kalau ada apa2 yang nak ditanya, silakan comment ye..


Assalamualaikum